Gulai Kalut, Langkawi
>> Friday, December 17, 2010
Hello..Hello.. semua. Mekar dan Mr suami turun Langkawi lagi minggu ni. Dan sudah semestinya kami tak akan lupa untuk singgah makan kat Restoran Gulai Panas ini yang menghidangkan menu istimewanya iaitu Gulai Kalut. Lokasi restoran ini terletak berdekatan dengan Airport Langkawi. Kenapa di panggil gulai kalut? Menurut cerita yang Mekar dengar dari orang-orang sini kata masakan gulai ini di masak dalam keadaan tergesa-gesa atau nak cepat sudah atau bahasa utaranya "kalut".
| Pilih ikan-ikan kegemaran anda untuk dimasak gulai |
Restoran yang beroperasi hanya pada waktu malam ini yang menghidangkan menu popularnya iaitu gulai kalut iaitu dengan menggunakan beberapa jenis ikan. Pelanggan hanya perlu pilih ikan segar yang tersedia di sini kemudian mereka akan menyediakan gulai kalut seperti yang diminta. Selalunya kalau kita mahu menyediakan gulai kari akan mengambil masa yang agak panjang, tetapi di sini kita tidak perlu menunggu hidangan sampai lewat kerana kuah gulainya telah disiapkan lebih awal. Kemudian barulah bahan seperti ikan akan dimasukkan dalam gulai sekiranya ada permintaan pelanggan.
Ini pulak gulai kalut kepala ikan. Di nasihatkan anak-anak yang masih bersekolah di larang meng order ikan posisi kepala ni takut nanti melemahkan proses pembelajaran kalian.
| Telur ikan pun ada...!! |
| Selain dari gulai kalut, terdapat juga pelbagai jenis ulaman kampung untuk menambah selera pengunjung ke sini. |
Masakan berasakan kari ini merupakan makanan kegemaran mr suami. Dia pantang nampak lauk kari pasti terbuka seleranya. Mekar dulu tak berapa gemar gulai kari tapi sekarang tidak lagi kerana dah terikut-ikut selera mr suami.
Kesimpulannya, walaupun gulai ini dimasak dalam keadaan kelam-kabut, tetapi keenakan rasa dan aromanya menyentapkan selera kami untuk selalu singgah di sini lagi. Jadi, apa tunggu lagi geng... jom singgah.
Read more...


